Spender Pasar Malam Tok Sah Dok Tayang!


Sebuah blog hari ini mempersoalkan sikap dan tindakan beberapa wartawan yang mewakili syarikat penyiaran negara asing berpakaian kurang sopan ketika umat Islam berhimpunan untuk mempertahankan agama sempena program Himpunan Sejuta Umat di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.
Menurut Darul Ehsan Today, cara berpakaian berkenaan langsung tidak menghormati kandungan majlis berkenaan.
Antara yang menarik komen oleh seorang pembaca blog berkenaan ialah, “setakat pakai spander pasar malam toksah do tayang la buek malu jo”.
Mungkin wartawan berkenaan tidak menjangkakan ada pihak yang mungkin tersinggung atau kurang senang dengan cara pemakaian itu kerana acara tersebut diadakan di tempat terbuka.
Penganjur pun mungkin tidak menetapkan sebarang garis panduan berpakaian untuk wartawan bukan Islam.
Namun teguran blog tersebut harus dijadikan ingatan untuk masa akan datang.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story