PDRM Nafi KPN Meninggal Dunia



KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia  (PDRM) hari ini mengeluarkan kenyataan  menafikan khabar angin bahawa Ketua Polis  Negara, Tan Sri Ismail Omar meninggal dunia awal  pagi ini di London.
Khabar angin berhubung kematian Ismail tersebar  sekitar pukul 3 pagi ini melalui khidmat pesanan  ringkas (SMS) dan laman sosial.
PDRM melalui laman sosial Facebook berkata,  khabar angin tersebut adalah tidak berasa sama  sekali.
“Khabar angin yang mengatakan bahawa Ketua  Polis Negara telah meninggal dunia di London  adalah tidak berasas sama sekali.
“Beliau (Ismail) dalam keadaan baik dan berada di  sana (London) bagi lawatan kerja bersama Polis  United Kingdom,” menurut kenyataan yang dimuat  naik pada pukul 9 pagi ini.
Berikutan penafian tersebut, rakan laman sosial  PDRM bertindak mengecam pihak yang menyebar  khabar angin tersebut.
Pada masa sama, mereka juga berdoa supaya  Ismail berada dalam keadaan sihat dan  dipanjangkan umur untuk terus memimpin  PDRM. – mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story