Hebat! Bra Boleh Bercakap Dicipta Di Jepun



Negara Jepun sememangnya sebuah negara yang terkenal dengan ciptaan alat-alat yang  berteknologi tinggi yang boleh memberikan manfaat kepada penduduknya untuk berkomunikasi dan menjalani kehidupan seharian mereka.
Terbaru, Jepun berani mencipta satu bra yang boleh bercakap!
Untuk menarik para pelancong ke negara bunga sakura itu sempena dengan kempen pelancongan ‘Welcome To Japan’, Triumph Jepun kembali mempamerkan koleksi pakaian dalam terbaru mereka, ‘Welcome To Japan Bra’ yang bertujuan untuk meningkatkan kunjungan para pelancong.
Bra ciptaan baru itu merupakan bra yang mempunyai banyak fungsi sekali gus boleh menarik minat orang ramai untuk mencubanya.
Pada bahagian tengah bra itu, terdapat sebuah kancing yang berfungsi sebagai butang dan jika ditekan, bra tersebut akan mengeluarkan suara ucapan ‘Selamat Datang’ dalam bahasa Inggeris, Cina dan Korea ketika menyambut orang ramai.
Di bahagian tengah pula, terdapat bingkai foto yang disediakan yang diisi dengan beberapa foto lokasi tempat-tempat yang menarik untuk orang ramai kunjungi.
Selain itu, bahagian tali bra tersebut terdapat miniatur pesawat JAL yang boleh dimuat turun dan naik secara manual.
Bahagian dalam bra itu terdapatnya beberapa bahagian kecil yang boleh menyimpan benda-benda kecil seperti bendera dan sebagainya.
Sementara itu, skirt mini yang dipadankan dengan bra ini mempunyai corak-corak peta lokasi yang terdapat di negara Jepun yang berfungsi sebagai rujukan buat orang ramai untuk mengunjungi tempat pelancongan negara itu.
Mungkin di negara Jepun amat sesuai pakaian dalam seperti ini digunakan tetapi, tidak di dalam Malaysia yang mungkin akan menjadi isu ‘sensitif’ untuk semua pihak.
Oleh: NAIMAH SHAARI

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story