Evanescene Live Di Kuala Lumpur Februari Ini


Evanescene Live In Malaysia akan diadakan di KL Live, Jalan Sultan Ismail, KL pada hari Khamis, 23 Februari bermula 8:30pm dibawa khas kepada anda oleh JS Concert Productions. Album mereka, Fallen, yang hit dengan lagu “Bring Me To Life” dan “My Immortal”, telah terjual lebih 17 juta cetakan seluruh dunia, sekaligus merangkul 2 anugerah Grammy. Manakala, abum studio ketiga, pernah mencatatkan kedudukan #1 di carta Billboard 200 pada tahun 2011.
Evanescence diasaskan di bandar Little Rock, Arkansas pada tahun 1995 oleh penyanyi Amy Lee dan gitaris Ben Moody. Selepas muncul dengan album peribadi, band berkenaan melancarkan album pertama berskala besar, iaitu Fallen melalui label Wind-Up Records pada tahun 2003.
Single pertama mereka, “Bring Me To Life”, turut menampilkan penyanyi jemputan Paul McCoy daripada 12 Stones, telah menjadi hit dan mencatatkan kedudukan #5 di carta American Billboard Hot 100. Lagu tersebut turut menjadi tema untuk WWE No Way Out 2003.
Peminat Evanescence boleh membeli tiket konsert di outlet seperti; Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve; Victoria Music Centre dan The Guitar Store. Harga tiket bermula daripada RM98 (Free seating), RM198 (JS Zone) dan Rm298 (Rock Zone). Untuk pertanyaan mengenai tiket, anda boleh menghubungi talian hotline Ticketpro : 03-78807999 atau dapatkan secara online di www.ticketpro.com.my
Tiket telah mula dijual pada 21 Disember yang lepas, dimana pembeli terawal berhak mendapatkan diskaun sebanyak 20% sehingga 31 Januari 2012.
sumber:ohbulan

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story