18 ditahan minum arak dan Gambar wanita bertudung munum arak?


SHAH ALAM: Keasyikan individu Islam berhibur di dua pusat hiburan di Mutiara Damansara dan Petaling Jaya, dekat sini, terbantut apabila Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan Ops Mungkar, menyebabkan 41 orang ditahan, awal pagi semalam.
Dalam operasi tiga jam berakhir tiga pagi semalam itu, 18 orang, termasuk enam wanita, ditahan kerana melanggar Enakmen Jenayah Syariah 1995 dan bakal dihadapkan ke mahkamah kerana kesalahan meminum arak manakala 23 lagi dikenakan tindakan kaunseling.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, yang turut serta memantau operasi berkenaan berkata, semua individu Islam yang ditahan berusia antara 18 hingga 58 tahun.
Menurutnya, operasi diketuai Pengarah Jais, Marzuki Hussin dan dibantu Polis Bukit Aman itu dilaksanakan selepas mendapat maklumat mengenai aktiviti bercanggah syariat dilakukan individu Islam di dua pusat hiburan terbabit, termasuk di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya.
“Operasi ini tertumpu kepada orang Islam, selari dengan peruntukan Enakmen Jenayah Syariah 1995. Kita dapat lihat dengan jelas hiburan berjalan dan minum (arak) pun berjalan.

“Hasilnya, Ops Mungkar setakat ini mendapati ada bukti kukuh untuk mendakwa 18 individu Islam ke mahkamah kerana meminum arak.
“Seramai 23 orang lagi, termasuk 13 wanita, memerlukan kaunseling. Mereka akan dipanggil memberi keterangan pada 11 dan 12 Januari ini sebelum diberikan tarikh sesuai untuk kaunseling,” katanya.
“Sesi kaunseling biasanya akan diadakan di masjid, dengan penekanan mengenai kesalahan dan akibat daripada meminum arak dan hiburan tanpa batasan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di pejabat Jais, di sini, sejurus selepas berakhir Ops Mungkar, awal pagi semalam.
Hadir sama, Marzuki dan Ketua Penguatkuasanya, Rais Rashid serta Penolong Pengarah, Unit Perhubungan Awam dan Penerbitannya, Nurhamizah Othman.
Hasan berkata, ahli keluarga beberapa remaja yang ditahan Jais akan dimaklumkan bagi tujuan ikat jamin.
Sementara itu, beliau menafikan pembabitannya dalam operasi Jais pada awal pagi itu ada kaitan dengan kontroversi membabitkan dirinya beberapa minggu kebelakangan ini, sebaliknya ia menunjukkan komitmen bersama khususnya penguatkuasaan di Jais.
“Selama ini saya serahkan semua operasi atas sebab keselamatan serta bagi memastikan kejayaan semua operasi dilakukan.
“Saya terbabit secara langsung hari ini untuk melihat dan menentukan Prosedur Operasi Standard (SOP) kita dipatuhi,” katanya.
Sementara itu, Hasan menyifatkan dakwaan sesetengah pihak kononnya Jais sebagai pasif dan ‘beku’ dalam usaha mencegah kemungkaran sebagai karut.
Katanya, ini terbukti apabila dalam tempoh dari September hingga Disember 2011 saja, statistik menunjukkan Jais melakukan 15 operasi membabitkan 116 kes, termasuk 38 kes kaunseling.
Sumber : Metro

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story